Misi One Laptop Per Child (OLPC)

Menghasilkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak termiskin di seluruh dunia dengan menyediakan sebuah laptop yang kecil, berkos rendah, berkuasa rendah, dan perisian yang direkabentuk untuk keriangan dan pembelajaran kendiri untuk setiap kanak-kanak. Dengan peralatan ini, kanak-kanak berpeluang untuk belajar, berkongsi, mencipta, dan mengubahsuai sesuatu. Dengan ini, mereka akan mempunyai masa hadapan yang cerah.
Anda boleh mengubah dunia dengan menyertai projek OLPC di Malaysia sekarang

Jumaat, 15 Jun 2012

di 12:26 PTG Dicatat oleh Mohd Lazim

Kepada semua peminat-peminat One Laptop Per Child (OLPC) atau Laptop XO berwarna hijau yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah, berita baik diberikan kepada mana-mana pakar IT yang mempunyai kemahiran dalam bidang komputer samada dari segi pekakasan atau perisian komputer.

Sekiranya anda ingin mendapatkan Laptop XO untuk dijadikan bahan ujikaji, percubaan atau untuk melapor sebarang masalah dalam firmware-firmware terkini yang dihasilkan, terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan bagi membolehkan pihak OLPC menghantar terus Laptop XO ke rumah anda.

Pertama sekali, cuba anda fikirkan sejenak mengenai fungsi Laptop XO dan bagaimana anda dapat membantu perlaksanaannya samada dari segi penambahbaikan perkakasan, pembagunan perisian atau percubaan sistem-sistem baru yang dibangunkan oleh pihak OLPC atau pembangun sistem dari komuniti-komuniti OLPC di seluruh dunia.

Kemudian, cuba layari http://wiki.laptop.org/go/Contributors_program untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Contributors Program atau Program Memberi Sumbangan. Cuba fahami syarat-syarat yang diberikan oleh pihak OLPC dalam menghasilkan projek-projek OLPC melalui program ini.

Seterusnya, anda perlu melayari laman permohonan di alamat http://wiki.laptop.org/go/Contributors_program/Project_proposal_form untuk membuat kertas cadangan mengenai projek yang anda ingin laksanakan. Pastikan projek yang anda ingin laksanakan mempunyai nilai pulangan yang tinggi kepada pihak OLPC. Sekiranya pihak OLPC mendapati projek anda tidak mempunyai sebarang fungsi atau tidak memberi kebaikan, pihak OLPC berhak untuk meminta anda memperbaiki cadangan yang diberikan atau menolak dengan serta merta cadangan tersebut.

Anda akan diberikan beberapa soalan mengenai projek anda oleh pihak OLPC dan kemudian kami akan berbincang di kalangan Support Gang untuk meluluskan atau tidak meluluskan permohonan anda. Anda akan diminta untuk memperkenalkan diri kepada komuniti OLPC dan memberikan penerangan mengenai projek anda.

Saya akan cuba membantu semua projek yang dijalankan oleh pakar-pakar komputer di Malaysia. Sekiranya anda telah cuba untuk mendapatkan laptop tersebut, anda boleh memaklumkan kepada saya untuk mempermudahkan proses untuk mendapatkan laptop tersebut. Hantar emel mengenai permohonan anda kepada mythrage [at] yahoo [dot] com selepas anda memohon untuk menghasilkan projek di OLPC.

Tetapi harus diingati bahawa setiap laptop yang diberikan dalam Contributors Program atau Program Memberi Sumbangan ini hanya diberikan secara pinjaman. Sekiranya pihak OLPC memohon kepada anda untuk memberikan semula laptop tersebut, anda perlu menghantarnya semula atau memberikan kepada mana-mana individu lain seperti yang diarahkan.

Selamat mencuba.

0 ulasan: